Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

CERAMAH SEMPENA MEMPERINGATI ISRA’ DAN MI’RAJ
SELASA,23 REJAB 1447H / 13 JANUARI 2026M

Bahagian Perkembangan Sumber Manusia, Jabatan Pentadbiran dan Kewangan, Jabatan Kerja Raya telah mengadakan ceramah sempena memperingati Isra’ dan Mi’raj bagi Warga Kerja Jabatan Kerja Raya pada sebelah pagi 13 Januari di Dewan Atria Simpur, Bangunan Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya.

Ceramah dimulakan dengan Bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan ceramah yang bertajuk ‘Dari Sembahyang Menuju Cemerlang’ disampaikan oleh Yang Mulia Ustaz Muhd Safwan bin Mohd Suffian, Penolong Pegawai Perkembangan Ugama, Pusat Da’wah Islamiah (PDI). Ianya telah dihadiri seramai 80 orang pegawai dan kakitangan Warga Kerja Jabatan Kerja Raya.

Ceramah antara lain menekankan tema bagi Sambutan Isra’ & Mi’raj bagi tahun 1447 Hijrah iaitu “Sembahyang Teras Modal Insan Cemerlang” yang mana memfokuskan kepada hubungan langsung antara peristiwa Isra' dan Mi'raj dengan pensyariatan sembahyang lima waktu, yang merupakan ibadah paling utama dan menjadi tiang agama. Salah satu penjelasan turut merangkumi maksud seruan azan iaitu “Marilah mendirikan sembahyang, Marilah Menuju Kemenangan”. Selain itu, ceramah ini menekankan sembahyang sebagai medium pertemuan hamba dengan Allah Subhanahu wa Ta‘ala, sumber ketenangan jiwa, serta “syurga di dunia” bagi orang-orang beriman. Kepentingan menjaga waktu sembahyang, tujuan sembahyang dalam mencegah kemungkaran, menghapus dosa, dan membentuk disiplin hidup turut diperincikan, disertai dalil Al-Quran dan hadis sahih.

Sebagai tambahan, ceramah ini turut menyentuh tips untuk mencapai kekhusyukan dalam sembahyang dan langkah-langkah untuk memastikan sembahyang sentiasa terpelihara dalam kehidupan seharian. Ceramah ditutup dengan peringatan bahawa sembahyang merupakan amalan pertama yang akan dihisab di akhirat, sekali gus menjadi penentu kejayaan dan keselamatan seseorang insan di sisi Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Image 3.jpeg Image 1.jpeg Image 4.jpeg Image 2.jpeg

-TAMAT-

Disediakan oleh:
Unit Perhubungan Awam
Jabatan Kerja Raya
Kementerian Pembangunan


Attachments